Friday, May 29, 2009

Tapi, kau sememangnya bodoh
Jika kau langsung tidak berusaha
Kerana pasti kau akan gagal dan menderita
Tiada nilaian pahala daripada-Nya
Malah kau pula menaggung dosa
Lantaran kau sia-siakan amanah berharga

Duhai teman sejatiku...
Kau tidak bodoh
Andai kau gagal selepas berusaha
Kerana itu satu ujian dan dijanjikan pahala
Bakal mengangkat darjatmu di sisi-Nya
Jika kau reda,sabar dan terus berusaha

Temanku
Berusahalah semaksimum yang terdaya
Jangan pula kau lupa
Letaklah pergantungan
yang tinggi kepada-Nya:

"Jikalau mereka bersungguh-sungguh reda
dengan apa yang diberikan Allah dan
Rasul-Nya kepada mereka berkata:
Cukuplah Allah bagi,Allah akan
memberikan kepada kami sebahagian daripada
kurnia-Nya dan demikian pula Rasul-Nya.
Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang
berharap kepada Allah,(tentulah yang demikian
itu lebih baik bagi mereka)."
(Surah al-Tawbah:59)

Seorang lelaki datang bertemu Rasulallah dan
bertanya:
"Wahai Rasulallah,adakah aku perlu menambat untaku
dan bertawakal?Atau aku biarkannya dan bertawakal?"
Jawab baginda s.a.w.:Ikatkan ia terlebih dahulu,
kemudian bertawakallah."
(Hadis sahih riwayat al-Tarmizi,Abu Naim dan
al-Baihaqi daripada Anas r.a.)

Pasakkan azam wahai teman
Carilah reda Tuhan
Dengan melakukan sebaik-baik amalan
Berusalah:

1.Gandakan(x)istiqamah
2.Tolak(-)kemalasan
3.Bahagi(/)masa
4.Tambah(+)keyakinan

Inilah formula asas kejayaan

Allah meyakinkan lagi bahawa:
"Allah tidak akan mengubah nasib
sesuatu kaum sehingga mereka
mengubah nasib mereka sendiri."
(Surah al-Ra'ad:11)

Duhai teman sejatiku...
Hilangkanlah kesedihan
Pujuklah jiwamu dengan janji al-RAHMAN
Ketinggian seseorang kerana iman:

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan
janganlah pula kamu kamu kamu bersedih hati,
padahal kamulah orang-orang yang paling
tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang
beriman."
(Surah Ali 'Imran:139)

Sedarlah oh teman
Kita dicipta bukan satu kebetulan
Atau sekadar main-mainan
Kita pemikul amanah Tuhan:

"Sesungguhnya Kami telah
mengemukakan amanat kepada
langit,bumi dan gunung-
ganang,maka semuanya
enggan memikul amanat itu
dan mereka khuatir akan
mengkhianatinya,dan
dipikullah amanat itu oleh
manusia.Sesungguhnya
manusia itu amat zalim dan
amat bodoh(kerana mahu
menerima tugas tapi tidak melaksanakan)."
(Surah al-Ahzab:72)

Duhai teman sejatiku...
Jadikan ilmu sebagai bekalan
Agar suluhan hidupmu
Menjadi cahaya yang terang.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Bacalah dengan (menyabut)nama
Tuhanmu yang menciptakan."
(Surah al-Alaq :1)

Temanku harapan ummah
jelaskan visi perjalanan
Agar kau berpijak di landasan kebenaran

Allah berfirman yang bermaksud:
"Ya Tuhan kami,berilah kami
kebaikan di dunia dan kebaikan
diakhirat dan peliharalah kami
daripada azab neraka."
(Surah al-Baqarah:201)

Ketahuilah teman sejatiku...
Kemuliaan manusia bukan pada luaran
Tapi pada hati yang takutkan Tuhan
Oleh itu,tekadkan keyakinan
Kau umat pilihan

Allah berfirman yang bermaksud:
"Kalian adala sebaik-baik ummah."
(Surah Ali 'Imran:110)

"sesungguhnya orang yang paling
mulia disisi Allah adalah orang
yang paling bertakwa."
(Surah al-Hujurat:13)

Temanku tersayang
Renungilah sebiji cawan
Jika tidak dituangkan air
Molekul udara memenuhinya
Begitu jua diri kita
JIka tidak diisi iman
Masuklah syaitannbermahajalela
Diri kita perlu pengisian
Dengan ilmu
Agar hidup dekat dengan-Nya
Barulah hatimu tenang bahagia

Doa Minta Hati Teguh Atas Kebaikan

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati,
tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu.Wahai
yang memalingkan hati-hati,palingkan hati kami
ke arah mentaati-Mu"
(Hadis sahih riwayat al-Tarmizi daripada Anas r.a.
dan riwayat Muslim daripada Abdullah bin Umar r.a.)

Sedarlah teman sejatiku...
Kita musafir di dunia
Kitakan pulang pada-Nya
Hidup di dunia akan ditanya
Adakah diisi dengan sebaiknya
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukah kita hidup terhina?
Tanpa ilmu bekalnya
Kekal di sa rendah darjatnya.

Duhai teman sejatiku...
Allah mencipta manusia sama
Dengan sebaik-baik kejadian:

"Sesungguhnya Kami menciptakan
manusia itu dengan sebaik-baik
kejadian."
(Surah at-Tin:4)

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza
Ada yang lalai dengan angan-angan
Ada yang yang tekunn berusaha
Tentu nasib mereka berlainan
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala
Kau diberi peluang untuk membuat pilihan
Kau jua yang tanggung natijahnya

Jika sepasang kekasih
Merasakan dunia ini mereka yang punya
Kita pula sentiasa menyedari hakikatnya
Dunia ini Allah yang punya
Jika sepasang kekasih
Sanggup korbankan harta,keluarga
dan maruah demi cinta
Kita pula sanggup korbankan segal-galanya
Demi cinta agung-Nya
Dalam masa yang sama
Mencintai keluarga
Dan memelihara maruah setingginya

Wednesday, May 27, 2009

Jika sepasang kekasih
Memejam mata pada aib pasangannya
Kerana saling menjaga hati
Kita pula sentiasa menjaga akhlak dan pekerti
Dan saling nasihat-menasihati
Agar peribadi makin berkualiti

Jika sepasang kekasih
Menunaikan apa saja kemahuan
buah hatinya
Kita pula berusaha sedaya upaya
Menunaikan apa sahaja
kemahuan Pencipta kita

"Pada hari kiamat kelak,tiada satu perkara pun
pada timbangan amal orang Mukmin yang lebih
berat daripada akhlak yang mulia."
(Hadis riwayat al-Tarmizi dan Abu Daud dengan
sanad hasan.)

Jika sepasang kekasih
Sering memadu rindu
atas rangsangan nafsu
Kita pula berkasih atas
landasan ukhuwwahfillah
Bebas dari dorongan nafsu semata-mata
Dinaungi kasih Pencipta

"Dua orang yang berkasih
sayang kerana Allah,mereka
berhimpun atau bertemu
kerana Allah dan berpisah
pun kerana Allah."
(Hadis riwayat al-Bukhari,Muslim,
Malik,al-Tirmizi dan al-Nasa'i)

Jika sepasang kekasih
Sering bermain madah berhelah
Kita pula berhibur
Dengan madah kalamullah

"Sebaik-baik kamu ialah orang
yang mempelajari al-Quran dan
mengajarkannya."
(Hadis riwayat al-Bukhari daripada
Uthman bin Affan r.a.)

Jika da da sepasang kekasih
Bercumbuan dalam sembunyi
Di bawah cahaya rembulan
Berdua-duaan
Jauh dari orang
Kita pula berkasih sayang
Dalam sembunyi dan terang
Tanpa takut dan bimbang
Penuh kesucian

Temanku
Bersahabatlah
Kerana bersahabat itu mulia
Bercinta tanpa ikatan penuh dosa
Renungilah temanku
Jika ada sepasang kekasih
Berdating di taman
Kita pula tidak sabar-sabar
Berdating dalam majlis ilmu
Penuh keberkatan

Allah berfirman yang bermaksud
"Allah akan mengangkat orang-orang
yang beriman di antaramu dan orang-
orang berilmu beberapa darjat".
(Surah al-Mujadalah:11)

"Barang siapa berjalan untuk
keperluan ilmu,maka Allah
membimbingnya ke jalan syurga."
(Hadis riwayat Abi Hurairah r.a.)

Teruja pada kata-kata
Imam al-Ghazali yang mulia:

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan,
tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya
di dalam doanya".

Kuharapkan mekar di hati
Agar persahabatan suci ini
Kan terus mantap
Menjadi syafaat
Terukir indah
Di pintu Jannah!

Berjanjilah teman
Ukhuwah yang terbina
Kerana cinta pada-Nya
Takkan terhalang
Oleh tembok minda manusia
Takkan hilang
Dek api yang menjulang
Takkan sirna
Dek kabus yang kelam
Tapi hanyakan musnah
Dek hati yang hitam

Duhai teman sejatiku...
Masihkah kau semadikan di minda?
Bahawa ukhuwah yang terjalin antara kita
Adalah cinta tulus bersulam takwa
Rangkaian jiwa sesama insan manusia
Men jadi lambang keagungan cinta
Terhadap Sang Khaliq Maha Pencipta

Tika air mataku berguguran
Kau turut kepiluan
Tika senyumku tak lengkang
Kau ceria berpanjangan

Tika kesedihan bertamu
Kau hiburkan semampumu
Tika lemah menyapa
Kau ingatkan janji-Nya
Tika kejayaanku tercipta
Kau doakan reda-Nya bersama

Disaat gersang jiwaku
Kau sirami muhasabah
Disaat tandus amalku
Kau suburkan qudwah
Disaat gugur semangatku
Kau bajai quwwah

Duhai teman sejatiku...
Buatmu,cebisan istimewaa ini kunukilkan
Tanda parsahabatan yang berpintal iman
Lantaran tidak dapat kusembunyi
Apa yang melingkar di hati
Kasihku padamu tidak terperi
Terhampar luas tak terperi

Monday, May 18, 2009

Hai Semua...!

ISNIN-18 MAY 2009

Hai semua...tak sangkakan ni baru first time saya buat blog...Saya tau tiada orang kisah tapi saya kisah. Dah lah blog ni tunjuk dekat orang ramai, seluruh dunia pulak tu.Tapi takpe saya tau takde orang yang sudi baca blog saya ni...Ok takpe hari ni saya nak memperkenalkan diri dulu.

Nama :anahasanah
Umur :11 tahun
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Kiaramas,Jalan Duta
Hobi :Suke main internet...
Cita-cita:Saintis
Personaliti:Saya memang kuat menagis(malu...malu...)

OK...sekarang apa saya nak tulis hah...

(tolong bagi cadangan...)

Ok sampai disini sahaja saya menulis...(sebab tak tahu apa nak tulis)

Pecah kaca ,pecah gelas
Sudah baca,harap balas

Sekian,
Terima kasih...