Wednesday, July 15, 2009

Sebaik-baiknya gunakan panggilan mesra apabila menyapa kawan.Kita sendiri boleh membahasakan diri dengan panggilan manja atau menggunakan ganti nama yang lebih lembut seperti saya.Jangan bahasakan diri dengan panggilan 'aku','kau' dan lain-lain yang kedengaran kasar.
Percakapan melambangkan peribadi kita.Ada atau tidak di kalangan anda yang suka bercakap dengan bahasa kasar atau meninggikan suara dengan kawan? Kalau ada,tak elok tu! Percakapan yang kasar diikuti bahasa kesat sering kali mengundang pergaduhan.
Sebab itu,kita kena jaga tutur kata supaya tidak menyinggung perasaan kawan.Elakkan menggunakan perkataan kasar seperti 'cis','celaka' atau sumpah seranah.Alangkah manis jika anda meluahkan apa yang anda mahukan dengan cara yang lemah-lembut dan bersopan
Sekiranya mahukan pertolongan,ucapkan secara lembut.Mulakan ayat seperti 'Mafkan saya','Boleh tolong saya .....' dan pelbagai lagi.Jangan sekali-kali guna bahasa kasar atau ayat perintah seperti,"Angkat barang aku."Bak kata orang tua-tua,'mulut mesti manis,hati mesti baik.'Lagipun jika kita minta dengan baik,orang pun tidak lokek untuk memberikan pertolongan.Ya tak?

Saturday, July 11, 2009

Apabila berkawan,kita mesti tahu menghormati
orang lain tanpa mengira perbezaan kaum,agama,
latar dan budaya supaya kita dihormti.Akhlak
adalah manifestasi jiwa yang luhur dan murni.
Sebab itu biasakanlah memberi salam,ucap salam
sejahtera,selamat pagi dan sebagainya berjumpa
atau terserempak dengan kawan.Rasa hormat
antara kita dan kawan menimbulkan kemesraan.

Adakah kamu faham atau tidak apa itu adab
bergaul?Dalam pergaulan,banyak perkara
perlu dijaga.Tutur kata,tingkah laku,
budibahasa dan sebagai.Orang tua-tua
cukup menekan perihal adab dan kesopanan
sebab ia adalah cerminan hidup kita.Sayangnya
kini semakin ramai melupai adab ketika bergaul.

Bersahabat mengeratkan  tali silaturrahim dan dituntut dalam Islam .Antara adab ketika menjalinkan persahabatan semasa kita ialah:

~Bergaul dengan cara yang baik, jangan menyombang dan tidak mementingkan diri sendiri.

~Selalulah berterima kasih atas kebaikan sahabat dan berusaha untuk membalas kebaikan

~Sekiranya berlaku berselisihan faham,mintalah maaf dan bersedia memaafkannya.

~Jauhi pertengkaran,hasad dengki atau buruk sangka.

~Menjaga nama baik serta maruah mereka.

~Memulakan memberi salam ketika menemui sahabat.

~Cintai sahabat kerana Allah.

Sayidina Ali r.a. berkata:
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang
sentiasa berada di sampingmu.Dia sanggup
membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu.
Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu.
Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk
kepentingan dirimu."

Teman sejati adalah ibarat diri anda sendiri.Ia bagaikan cermin diri anda.Susah senang ditanggung bersama.Apa yang anda mahu kebaikan pada diri anda,itulah kebaikan yang anda mahu pada dirinya .Apa-apa keburukan yang anda tidak mahu pada diri anda,itulah perkara yang anda tidak mauhu pada dirinya.


Anda mahu diri anda cemerlang.Maka anda juga mahu dirinya cemerlang.


Teman sejati adalah perhubungan yang diikat dengan tali Allah(Hablum minallah),bukan ikatan keduniaan dan nafsu syahwat.

"Ya Allah
Tatkala bahang Masyar-MU
Menjilat tubuh
Izinkan kami sama-sama berteduh
Tatkala mizan-Mu teliti mengira
BERATKAN NERACAYA ATAS SETIAP JASA
Naungi kami di sana
Berkat kasih kerana-Mu semata
Andai kulayak ke syurga
Kupinta dia bersama."

"Siapa yang masuk syurga akan senang
terus tanpa ada susahnya lagi.Pakaiannya
tidak rosak dan kemudaannya tetap awet.
Di dalam syurga itu berada hal-hal yang
belum pernah dipandang mata,belum
pernah didengar telinga,bahkan tak
pernah terkhayalkan dalam hati manusia."
(Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah r.a)

Duhai Teman Sejatiku...
Aku inginkan
Persabahatan indah ini
Bisa menjadi syafaat
Di Mahkamah Masyar nanti
Ketika umat manusia
Gusar mencari perlindungan
Allah menyeru tujuh golongan
Antara 2 pemuda
Yang saling berkasih sayang kerana Allah
Begitu sabda junjungan

"Pada hari umat manusia tampil
berdiri di hadapan Penguasa
semesta alam,sehingga seseorang
terbenam dalam peluh sampai
ke petengahan telinganya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim
daripada Ibn Umar)

Saat demi saat
Terlalu pantas menyusur waktu
Meniggalkan jejak-jejak semalm
Yang barangkali pahit untuk digamit
Menukilkan kenangan
Yang barangkali indah penuh kiasan
Saat perpisahan bisa bertandang
Wajah kan sugul kepayahan
Lafaz kan tenat kelukaan
Sesungguhnya teman
Air mata perpisahan itu
Sejernih embun di daun
Bak mutiara berkilauan
Menyikap rahsia keikhlasan

"Tujuh golongan yang Allah akan
naungi mereka di bawah naungan-Nya
pada hari yang tiada naungan melainkan
naungan-Nya sahaja.Antaranya ialah 2
orang yang berkasih sayang dan berpisah
pun kerana Allah."
(Riwayat al-Bukhari,Muslim,Malik,al-Tarmizi
dan al-Nasa'i daripada Abu Hurairah r.a)
kerana Allah,mereka berhimpun atau bertemu kerana Allah

Kelemahan bukan untuk dirintihkan
Tapi satu peluang keemasan
Untuk saling melengkapkan
Ingatlah mafhum sabda Junjungan:

"Jika Allah mencintai sesuatu
kaum,Dia akan mengujinya.
Sesiapa yang reda degan Allah,
Allah reda dengannya."

Alanglah indahnya nikmat perasaan
Yang dekat dengan al-Rahman

Allah berfirman:

"Katakanlah(wahai Muhammad):Harta benda yang
menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja,
(dan akhirnya akan lenyap),dan balasan hari kiamat itu
lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa(kerana ia
lebih mewah dan kekal selam-lamanya."
(Surah al-Nisa':77)

Lumrah persahabatan
Terhiris terguris menguji perasaan
Hanyalah satu ujian
Bukan satu halangan
Untuk berkasih sayang
Hadapi dengan iman
Suburkan dengan bermaaf-maafan
Sematkan doaa-mendoakan

"Jauhilah kamu daripada berprasangka
buruk kerana prasangka buruk itu adala
percakapan paling dusta."
(Riwayat al-Bukhari,Muslim,Malik,Abu
Duud dan al-Tarmizi daripada Abu Hurairah r.a)

Aku ingin pusara kita harum mewangi
Bagai harumnya pusara Masyitah
Semerbak kasturi
Kerana hebatnya iman
Mempertahankan syahadah di keliling
kekufuran

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf a.s.
Tetap mencintai dan menolong saudaranya
Walaupun pernah dihumban dalam perigi tua
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya

Aku cintakan pemuda Ghiffari
Menentang keazaliman walaupun diancam
Moga kan lahir lagi di abad ini
Jiwa pemuda ang tak pernah suram

Marilah kita menyemai
Benih mujahid Hassan al-Banna
Fikrahnya jernih
Menggegar dunia
Merelakan tubuhnya
Demi menegakkan
Kalam Allah dan Rasul

Aku ingin kita seteguh
Ibn Zubair
Menahan panahan
Hajjaj dengan rela
Bersama si ibu tua
Lantas syahid
Rohnya diangkat ke syurga

Aku rindukan senyuman Syed al-Qutb
Ketika berhadapan dengan tali maut
Akidah mantap tidak terenggut
Roh dakwahnya tidak surut

Rasulallah s.a.w. adalah manusia yang
paling banyak senyum kecuali 3 tempat:

~Apabila baginda sedang
menerima wahyu.
~Apabila menyebut tentang
kiamat.
~Abapila sedang berpidato
memberi pengajaran.

Aku impikan antara kita seorang Umar
Berdiri tatkala tundukknya manusia
Bersuara tatkala diamnya mereka
Mengerun musuh durjana

Aku ingin kita sepeerti tawakal Ibrahim
a.s. mulia
Ketika meninggalkan insan tercinta
Di bumi tandus tanpa bicara
Menyakini Allah sebagai Penjaga

"Sekiranya kamu semua bertawakal
kepada Allah dengan sebenar-benarnya
nescaya Dia memberi rezeki
kepada burung.Ia keluar di waktu pagi
dalam keadaan lapar dan pulang waktu
petangnya dalam keadaan kenyang."
(Riwayat Imam Ahamad,al-Tarmizi,Ibn
Mubarak,Ibn Majah,Abu Naim,al-
HAkim,dengan sanad yang sahih
daripada Sayidina Umar al-Khattab r.a)

Duhai teman sejatiku...
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq
Persahabatan dijalan kerana al-KhaliqHarta dikorbankan bukan sedikit
Cinta kebenaran,sanggup bersakit

"Sesungguhnya Allah tidak
melihat rupa paras dan
banyaknya harta yang kamu
ada,tetapi Dia melihat
kepada hati-hati dan
perbuatan-perbuatan kamu."
(Riwayat Muslim,Ahmad,
Ibn Majah dan Baghawi
daripa Abu Hurairah r.a)

Bimbangilah
Daripada demiliki
Jiwa munafik
Bertopeng ketaan
Sebalik teguhlah
Di atas jalan keredaan

Pujangga berkata:
"Cara terbaik mendapat sahabat ialah
Dengan menjadi sahabat."

Ketahuilah
Allah disusuri hati yang bersih
Sarat ketakwaan
Merindui wajah-Nya
Jua keredaan
Itulah jiwa insan pejuang

Pujangga baerkata:
"Bila memudahkan jalan orang,
kita sedang memudahkan jalan sendiri."

Friday, July 10, 2009

Ketahuilah temanku
Orang yang lalai dan bermalasan
Tidak menjadikan penggerak iman
Cinta Allah dibuat khayalan
Bimbang kelak diri akan terbuang
Dari jalan dakwah,penuh ujian
Dibiarkan Allahh keasyikan
TERTIPU DENGAN JALAN KEHANCURAN!

Pujangga berkata:
"sekiranya gunug tidak menatangi
Muhammad,Muhammad akan
mendatangi gunung."

Thursday, July 9, 2009

Ayat Allah cukup gementarakan
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan
Buat hamba-Nya yang bermalas-malasan
Sentiasa mencita alasan
Liat dengan majlis ilmu dan peningkatan
Mahu diketuk berterusan

Pujangga berkata:
"Rajin ganjarannya sekarang ;
malas balasannya sekarang
dan akan datang"

Saturday, July 4, 2009

Andainya kau cepat menyerah
Berudur sebelum berjuang
Kecundang sebelum melawan
Allah tidak teragak-agak
Untuk memilih kaum lain
Yang jauh lebih berkelayakan
Menegak kebenaran:

"Allah yang Maha Kaya sedangkan kamulah
orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya),
dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan
menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain,
dan mereka tidak akan seperti kamu."
(Surah Fathir:15-16)

Pujangga berkata:
"Dua tangan yang
bekerja lebih
baik daripada 1,000
tangan yang hanya
berdoa."

Friday, July 3, 2009

Rasul bermadah lagi
Satu janji,satu aspirasi
Islam takkan ditandingi:
"Islam itu tinggi dan tiada lagi
tinggi daripadanya."

Cuma yang belum pasti
Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci
Bagi merebut pandangan ilahi
Sebagai jiilul Quran yang tersendiri

"Akan ada di kalangan umatku
segolongan umat yang muncul
berpegang kepada kebenaran.
Mereka tidak disusahkan oleh
sesiapa yang mengacuhkan
mereka sampai datang perintah
Alla,mereka tetap seperti itu."

Indah kalam
Rasul junjungan
Mengajar erti perjuangan
Perlukan keteguhan
Istiqamah,tetap pendirian
jangan mudaj terhalang
Janji Allah pasti datang