Monday, September 28, 2009

Ana taklah kejam sangat...dari ape yang Ana cerita tadi...besok harinye Ana suruh dorang datang pukul 6:30.Mula-mula suruh datang pukul 2:00(tak jadi),pastu kul 3:00(tak jadi),pastu kul 3:30(tak jadi gak...)las-las suruh datang pukul 6:30...habis

Best nyer….Skoool Agame ade bagi cuti selama 1 minggu ?? hari…besok cuti sebab tak tau…pastu hari Rabu ade jamuan makan 4 hari raya… pastu….1 Oktober 2009-9 Oktober 2009 cuti dari tahun 1-5 sebab ade UPSRA…Banyak hari cuti…Yeay…bolehlah raye rumah kawan…Hehehe …Ana ade cerita lucu…tadi mase Ana baru habis mandi andthen pakai baju…Tiba-tiba ade 6 ke 5 orang lelaki sesat nak raya rumah…Dia tau ni rumah Ana andthen Ana bukak pintu dan cakap “Sape suruh korang datang????” .Pastu terus tutup pintu….Hehehehe kejamkan Ana….tu jelah setakat ni Ana nak tulis…

Friday, September 18, 2009

Salam Lebaran

Hari ni saya akan balik kampung.Hmm...kawan-kawan?Da balik kampung ke belum?Kalau da baguslah.Kalau belum,tolong bagitau ayah yang kalau mengantuk sila rehat di kawasan rehat.Kalau sedang tu,harap-harap selamat.Kampung kat ner? Kalau saya,dekat Seremban,Negeri Sembilan.Berhati-hati semasa memandu ye!:) Saya Ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Maaf Zahir Dan Batin.Kalau saya ade buat salah,tolonglah segera deletekan kesalahan tu ye!!Sape kawan-kawan Ana yang menyimpan dendam tu silalah releasekan...lepaskan ape yang berlaku.Yeay, besok Raya!Tak sabar-sabar nak pakai baju raya.Maaflah jika saya tak letak gambar-gambar baju raya..Sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Raya!!!:)

Thursday, September 17, 2009

Tak sabar-sabar lagi nak pegi Kem 1 Malaysia anjuran Jabatan.Saya akan di Titiwangsa selama 4 hari 3 malam.Iaitu pada 2 Oktober 2009 hingga 5 Oktober 2009.Ni first time saya pergi kem anjuran jabatan.Dalam semua tahun 5,2 orang sahaja yang terpilih iaitu saya dan Nurul Syuhada.Cikgu suruh pilih perempuan sahaja.Mula-mula Nurulain Hadirah yang pergi bersama saya tapi malangnya ibu die tak kasi pergi sebab ibu die ade tempah kem lain pada tarikh yang sama.Selepas itu ada seorang lagi kawan saya,namanya Eisya,die hendak masuk,bila Nurulain Hadirah masuk(sebelum Nurulain Hadirah mengetahui dia tidak akan pergi)Eisya siap berdoa dan solat hajat lagi untuk memasuki kem itu semata-mata kerana saya.Dia cakap "Eh awak,kite nak pergi kem ngan awak tapi Ain dah masuk jadi tak dapatlah nak masuk".Die berkata dengan hampa.Pastu die cakap lagi "Tak pe malam ni kite nak solat hajat banyak-banyak supaya Ain tak masuk"(macam-macamlah Eisya ni).Pada keesokan harinya Eisya taulah yang Nurulain Hadirah tidak akan masuk.Die melonjak kegembiraan,selalu senyum.Macam haritu hari yang terbaik baginya.Tapi bile die balik rumah,die menyampaikan hajat yang die ingin pergi ke kem itu...MAlangnya ibunye juga tidak kasi ke kem itu kerana ada urusan lain.Pada keesokkan hari nye.Die menyerahkan borang kepada Nurul Syuhada.Nasib Syuhada baik, ibunya kasi pergi ke kem itu...dan bermula lah saya dan Syuhada sibuk berbincang tentang kem itu.Cikgu cakap kem tu nanti ade bagi baju dan kasut percuma...mesti best..

Itulah cerita mengenai Kem 1 Malaysia

p/s:*sesiapa yang baca coretan ini yang akan pergi ke Kem 1 Malaysia tu saya mengucapkan selamat berkenalan dan sila memberitahu saya di bahagian comment.Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kiaramas,Zon Sentul...Sampai inilah setakat ini coretan saya.

Sekian Terima kasih~The End

Sebenarnya dah lama dapat kertas periksa cuma hari ni baru nak bagi tahu...

Kertas skool agame(Masjid Wilayah)

Sirah:70%(ok la....drpd 54% terus ke 70%...pencapaian yang baik...ceh..)

Feqah:84%(ok la tu......no comment)

Tauhid:78%(ok la tu....no comment)

Bahasa Arab:Secret(sebenarnya terok giller ,cuma nak bagi tau gred jer iaitu C)

Khat:78%(Hampeh....memang hampeh tulisan ok cume x ikut cara-carenye)

Akhlak:88%(sebenarnya 87% sebab ustazah write salah....dah bagi tau cume ustazah maleh nak betulkan...nasib...nasib)

Jawi:89%(ok lah tu...no comment)

Tajwid:89%(ini yg aq paling membanggakan... orang ckp markah ni yg ke-5 tertinggi....paling tinggi pun Farhatul iaitu 94% got...)

4 A 3B 1C

So dapat 616% daripada 800%

Kedudukan dalam kelas..:15/39 orang

Itu jer lah.

*tolong doakan saya untuk mencapai markah yang lebih membanggakan bagi bahasa arab

Terima Kasih~The End

Wednesday, September 16, 2009

Dengan ini saya merasmikan laman web yang baru bagi blog ini....

Laman web itu ialah: anahasanahstory.blogspot.com

HarAp MaklUm