Wednesday, July 15, 2009

Awasi Percakapan

Sebaik-baiknya gunakan panggilan mesra apabila menyapa kawan.Kita sendiri boleh membahasakan diri dengan panggilan manja atau menggunakan ganti nama yang lebih lembut seperti saya.Jangan bahasakan diri dengan panggilan 'aku','kau' dan lain-lain yang kedengaran kasar.
Percakapan melambangkan peribadi kita.Ada atau tidak di kalangan anda yang suka bercakap dengan bahasa kasar atau meninggikan suara dengan kawan? Kalau ada,tak elok tu! Percakapan yang kasar diikuti bahasa kesat sering kali mengundang pergaduhan.
Sebab itu,kita kena jaga tutur kata supaya tidak menyinggung perasaan kawan.Elakkan menggunakan perkataan kasar seperti 'cis','celaka' atau sumpah seranah.Alangkah manis jika anda meluahkan apa yang anda mahukan dengan cara yang lemah-lembut dan bersopan
Sekiranya mahukan pertolongan,ucapkan secara lembut.Mulakan ayat seperti 'Mafkan saya','Boleh tolong saya .....' dan pelbagai lagi.Jangan sekali-kali guna bahasa kasar atau ayat perintah seperti,"Angkat barang aku."Bak kata orang tua-tua,'mulut mesti manis,hati mesti baik.'Lagipun jika kita minta dengan baik,orang pun tidak lokek untuk memberikan pertolongan.Ya tak?

0 Comments:

Post a Comment