Saturday, July 11, 2009

Adab Bersahabat

Bersahabat mengeratkan  tali silaturrahim dan dituntut dalam Islam .Antara adab ketika menjalinkan persahabatan semasa kita ialah:

~Bergaul dengan cara yang baik, jangan menyombang dan tidak mementingkan diri sendiri.

~Selalulah berterima kasih atas kebaikan sahabat dan berusaha untuk membalas kebaikan

~Sekiranya berlaku berselisihan faham,mintalah maaf dan bersedia memaafkannya.

~Jauhi pertengkaran,hasad dengki atau buruk sangka.

~Menjaga nama baik serta maruah mereka.

~Memulakan memberi salam ketika menemui sahabat.

~Cintai sahabat kerana Allah.

Sayidina Ali r.a. berkata:
"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang
sentiasa berada di sampingmu.Dia sanggup
membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu.
Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu.
Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk
kepentingan dirimu."

0 Comments:

Post a Comment